Kronologi

Pilihan Raya Negeri Johor ke-15

Haritu baru sahaja diadakan PRN Melaka dan Sarawak ini 2022 baru mula dah ada PRN lagi di Johor pula, jom kita recap apa yang berlaku sebenarnya di Johor ni?

Pilihan Raya Umum Negeri JOHOR merupakan siri PRN ke-4 selepas PRN Sabah, Sarawak, & Melaka.
Hal ini merupakan perkara yang janggal bagi negeri semenanjung untuk mengadakan PRN.
Pada kebiasaannya, negeri di Semenanjung akan membubarkan DUN selari dengan pembubaran Parlimen.
Namun rentetan daripada 
Langkah Sheraton, 
kita telah lihat beberapa perubahan pada landskap politik negara.

22 Januari 2022

DUN Johor dibubarkan pada 22 Januari 2022 pada kedudukan kerajaan negeri yang semakin tipis dengan 28 kerusi memihak kerajaan dan 27 kerusi memihak kepada pembangkang.

*Pada asalnya kerajaan mempunyai 29 kerusi. ADUN Kempas (Bekas MB Johor meninggal dunia pada Dis 2021)

Punca utama yang dikatakan menjadi asbab kepada pembubaran DUN Johor adalah kerana ketidastabilan poltik yang berlaku akibat daripada majoriti tipis yang dimiliki oleh pihak kerajaan negeri.
Namun, ada beberapa pandangan terutamanya daripada ker daripada sisi lain yang mengatakan bahawa DUN Johor dibubarkan bukan hanya kerana alasan tidak kestabilan politik yang berlaku.

Pakatan Harapan berpandangan bahawa PRN Johor merupakan langkah untuk mendesak Perdana Menteri melakukan PRU15 secepat yang mungkin.

Bersatu berpendapat bahawa ini merupakan helah pihak UMNO untuk mendapatkan kuasa yang lebih dan memberi perlindungan kepada Kluster Mahkamah.

Atas dasar apa sekalipun, DUN Johor telah pun dibubarkan

kuasa memilih kerajaan telahpun diberikan semula kepada rakyat. Hanya rakyat Johor sahaja yang mampu mengeluarkan nasib mereka daripada polemik gila kuasa dan ketidakstabilan politik ini.

Scroll to Top