Statistik Johor 2020
Populasi
Jumlah: 3,773,500
KDNK
Nilai: RM 128,034,000
Pertumbuhan: -4.6%
Pengangguran
Kadar Pengangguran: 3.5%
Penganggur: 65,000
Sosioekonomi
Rajah 1: Populasi Johor 2020
No Data Found
Populasi di Johor merangkumi 52.3% lelaki dan 47.7% wanita pada tahun 2020. Secara keseluruhan, jumlah populasi di Johor adalah 3.77 Juta orang dengan pertumbuhan penduduk pada tahun 2020 sebanyak 0.3%.
KDNK Johor mencatatkan penurunan sebanyak 4.6% lebih rendah berbanding penurunan KDNK nasional pada paras 5.6% daripada tahun 2019 kepada 2020 (Rujuk Rajah 1). Perkara ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pandemik COVID-19 yang memaksa kita untuk menutup ekonomi. Di samping itu, kadar pengangguran di Johor turut meningkat daripada 2.7% pada tahun 2019 kepada 3.5% pada tahun 2020.
Rajah 2: KDNK Johor 2018-2020
No Data Found
Kadar pengangguran di Johor mempunyai sedikit keunikan yang mana kadar pengangguran di fasa pandemik ini berada pada paras 3.5% hampir sama dengan kadar pengangguran pada tahun 2017 iaitu 3.4%. Berbeza dengan kadar pengangguran nasional, kadar pengangguran pada fasa pandemik berada pada paras yang terlalu tinggi menghampiri 5%.
Rajah 3: Kadar Pengangguran Johor 2017-2020
Politik
Rajah 4: Senarai Parlimen dan DUN Johor
Rajah 5: Senarai Menteri Besar Johor
Kawasan di Johor merangkumi 26 Parlimen dan 56 DUN. Sepanjang sejarah Malaysia, Johor sudah mempunyai 12 Menteri Besar sejak 1947. Selama ini, Johor dikuasai oleh UMNO sejak 1947. Namun, PRU-14 telah merubah sejarah Johor apabila pertama kalinya kerajaan Johor dibentuk oleh Pakatan Harapan sehingga 25 Februari 2020.
Rajah 6: Peratus Pertambahan Pengundi Baru DUN Johor
No Data Found
Impak Undi-18 dan pendaftaran pengundi baru secara automatik sudah pasti memberikan impak yang besar kepada jumlah pengundi di Johor. DUN Puteri Wangsa misalnya menerima pertambahan pengundi sehingga 74% disusuli dengan Tiram 68%, Kota Iskandar 66%, Perling 59% dan Permas sebanyak 58%.
Our Expertise
Id elit mauris neque, purus dui turpis gravida id viverra nunc sit risus quam ornare et massa viverra porta risus justo lectus morbi pulvinar non bibendum nisl quisque donec nunc facilisis fermentum.
01. Blood Bank & Chemistry
02. Coagulation & Cytology
Magna non in suspendisse arcu, lacus ut euismod arcu velit amet lacinia.
